الأربعاء، ٢٤ صفر ١٤٢٨ هـ

Mengapa Berdakwah

Dakwah Satu Kewajipan.

Apabila diberi pertanyaan "Mengapa berdakwah?" kepada para daie', maka mereka ini mengeluarkan dalil-dalil Al-Quran dan Al-Hadith akan kewajipan berdakwah. Adapun yang menjawab "Aku berusrah, berdakwah bukan sebab naqib aku yang suruh. Tapi suruhan Allah," kemudian mereka ini mengeluarkan dalil-dalil kepada si penanya.

Antara TAHU dan MAHU.

Jiwa manusia bertindak bukan kerana TAHU tetapi kerana MAHU. Sama juga seperti berdakwah. Para daie' berdakwah bukan kerana TAHU ianya satu kewajipan tetapi kerana keMAHUan.

Pada keMAHUan tersebutlah terletaknya niat.

Penulis membawakan satu contoh bagi mengenai keMAHUan. Sebuah kelab mengadakan aktiviti amal iaitu mengecat surau dan upah akan diberikan kepada sesiapa yang menyertainya. Di sini terdapat tiga jenis orang. Yang pertama, orang tersebut mengecat kerana terpaksa, ini kerana jika tidak menyertai aktiviti tersebut mereka tidak akan memperolehi merit kokurikulum. Yang kedua, orang tersebut mengecat kerana suka. Mereka mengecat kerana mahu menunjukkan kemahiran mengecat dan mahukan upah. Orang yang ketiga pula mengecat kerana mahukan surau tersebut kelihatan ceria.

Penulis mengumpamakan mereka ini seperti pendakwah.

Orang yang pertama mengeluh berdakwah kerana terpaksa. Mereka ini menyertai sesuatu persatuan atau jemaah. Mereka berdakwah kerana mahu mendapatkan point merit bagi membolehkan mereka terus tinggal di asrama. Adapun mereka ini berdakwah kerana disuruh oleh senior ataupun ketua ahli jawatankuasa di dalam persatuan mereka.

Orang yang kedua pula berdakwah kerana mahu menunjukkan kepetahan mereka berkata-kata, keberanian mereka menampilkan diri di khalayak ramai atau juga mahu menunjukkan ilmu agama yang dimiliki mereka ini.

Adapun orang yang ketiga pula berdakwah kerana mahu melihat perubahan pada siswa/siswi yang semakin hanyut akan permasalahan sosial. Mereka berdakwah kerana mahu menyelamatkan agama Allah yang semakin hari semakin kucar kacir dipermainkan. Mereka mahu mengubah tanggapan buruk terhadap agama Islam. Biarpun mereka ini tidak petah berkata-kata namun keMAHUan mereka itu lebih baik jika dibandingkan dengan orang yang kedua. Pemikiran seperti mereka inilah yang seharusnya dimiliki oleh para daie'.

Ingatlah, dakwah itu bukan untuk kejayaan diri, tetapi untuk kejayaan orang lain. Bukan sahaja untuk mengubah cara berfikir, cara berpakaian, cara bergaul, tetapi untuk mengubah erti hidup dan untuk menemui jalan menuju ke syurga.


(Idea diambil dan ditokoktambah dari
saifulislamdotcom.wordpress.com)

technorati